PEMBUKA BICARA SEMANIS KATA DARIPADA PENGETUA 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, berkat usaha gigih dan kerjasama semua pihak, SMK Sungai Besi telah banyak mengalami perubahan dan kejayaan cemerlang sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Contohnya, kejayaan anak didik kita menjadi Johan Roket Air peringkat Kebangsaan, penyertaan peringkat Antarabangsa , Johan peringkat kebangsaan Kapal Terbang Kawalan Jauh, Johan Kebangsaan Tunas Hijau, Naib Johan peringkat negeri dalam acara Bola Jaring dan Johan negeri Video Muhibah.  SMKSB juga telah dinobatkan sebagai sekolah yang membawa banyak perubahan dalam masa yang singkat . Sesungguhnya, kejayaan ini amat membanggakan kita semua. Aspirasi sekolah ini dan warganya adalah agar kita akan terus mengukir kejayaan dan dapat dijadikan sebagai sekolah penanda aras dalam pelbagai aspek sama ada di peringkat Zon, peringkat negeri , peringkat kebangsaan mahupun peringkat Antarabangsa.

Di samping itu, suka saya menyeru warga SMKSB khususnya para pendidik supaya menghayati dan berusaha mencapai aspirasi KPM yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk mentransformasi sistem pendidikan kita ke arah negara maju. Kita kini berada di Gelombang ke-2 (2016-2020) iaitu mempercepat peningkatan ke arah kemajuan sistem. Sejajar dengan matlamat PPPM,   Program  Pembelajaran Abad ke-21, pembudayaan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dan penghayatan KBAT   kita mantapkan lagianak didik kita  melengkapkan diri agar mampu bersaing dan  menangani cabaran global. Budaya kolaboratif dan integriti jangan diketepikan  dalam proses kita mencerna kejayaan yang kita harapkan. Oleh itu, seluruh warga sekolah perlulah meneruskan usaha untuk memastikan sekolah ini terus unggul dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pelajar.

Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang telah menyumbangkan idea, tenaga   dan berkorban masa. Saya berharap agar semua warga SMKSB menjadi lebih berinovasi, kreatif, berfikiran ke hadapan, berdaya saing, dan berdaya tahan ke arah kecemerlangan. Dalam apa-apa keadaan sekalipun, adalah penting seluruh warga sekolah bergerak sebagai satu pasukan dan bekerja dengan ikhlas kerana Allah S.W.T agar perancangan mudah dijayakan demi kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Kekalkan kejelekitan sesama guru dan ukhuwah supaya SMKSB menjadi sekolah yang ulung dan terbilang. Semua kejayaan SMKSB kejayaan bersama.

SMKSB cemerlang, guru gemilang, murid  terbilang. 

#SmksbmelahirkanJUARA#.

SELAMAT TAHUN BAHARU 2019

Sekian, terima kasih.

ZAINUDIN BIN MOHAMAD

PENGETUA SMK SUNGAI BESI

KUALA LUMPUR


Berita Terkini


Sesi Speaker Corner
1 Mac 2019 - Sesi Speaker Corner...

Kursus kenaikan pangkat koperal KRS
1- 3 Mac 2019 - Kursus kenaikan pangkat koperal KRS (1-3 mac 2019)...