Pertandingan Kawad Kaki Peringkat SMK Sungai Besi

Tarikh : 10 Mei 2014
Hari : Sabtu
Tempat : Gelanggang Bersimen, SK Sungai Besi

Keputusan :

Sesi Pagi

  1. KRS
  2. PBSM
  3. PPIM
  4. PKBM
  5. Kadet Bomba
  6. Kadet Polis

Sesi Petang

  1. PKBM
  2. Kadet Bomba
  3. PBSM
  4. KRS
  5. Kadet Polis
  6. PPIM

 

Program Pembangunan Keluarga/ Program Sarana Ibu Bapa

SEMUA IBU BAPA DIJEMPUT HADIR

Ke

Program Pembangunan Keluarga / Program Sarana Ibu Bapa

417096_10151362549010372_382327615371_23500438_947282153_n

Anjuran
PIBG SMK Sungai Besi

TAJUK :

PERANAN IBU BAPA MEMBANTU ANAK CEMERLANG

 

TARIKH               : 10 MEI 2014

MASA                   : 09.00 PAGI – 12.00 T/HARI

TEMPAT              : DEWAN GEMILANG, SMK SUNGAI BESI

PENCERAMAH : ENCIK MOHAMAD JOHAR BIN BUKARI
PENGARAH URUSAN/ PERUNDING UTAMA ILR IMPACT LEARNING & RESOURCES

 

*****

 

Kursus Kepimpinan Biro Sokongan Sekolah

Tempat     : Pusat Rekreasi Alang Sendayu, Gombak

Tarikh        : 26 & 27 April 2014

Sasaran    : Biro Sokongan Sekolah (Badan Pengawas Sekolah, Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Majlis Ketua Tingkatan)

Ujian PERMATA PINTAR

PENCARIAN BAKAT MURID PINTAR CERDAS

SARINGAN PERINGKAT PERTAMA

UJIAN PERMATA PINTAR SECARA ATAS TALIAN TAHUN 2014

 

Kepada para pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3, sila jawab UJIAN UKM 1, PROGRAM PERMATA PINTAR .

http://ukm1.permatapintar.edu.my/default.aspx

permata pintar

Pementasan Teater Antara Dua Darjat

 

Marilah ramai-ramai menyaksikan persembahan Semarak  Teater   “Antara Dua Darjat” pada :

 

Tarikh : 24 April 2014
Masa : 8.30 – 10.00 Malam
Tempat : Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka

 

*Masuk adalah percuma

teater

Dua orang pelajar SMK Sungai Besi terlibat. Semoga mereka dapat melakukan persembahan terbaik!

Semarak Kejayaan Besian

Rabu, 16 Apr 2014 – Hari ini menyaksikan pelbagai pertandingan dijalankan. Ramai pelajar SMKSB atau mula dikenali sebagai ‘Besian’ telah terlibat dengan Pertandingan Kawad Kaki, Karnival Kerjaya dan Pertandingan Sketsa.

1002673_10152400285620929_352948654933558823_n

Pasukan PKBM SMK Sg Besi^

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, banyak memori indah yang tercipta. Pertandingan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah menyaksikan Pasukan KRS SMKSB berjaya muncul Naib Johan Zon Bangsar. Tahniah diucapkan kepada guru-guru KRS dan peserta kawad. Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada bekas pelajar SMKSB, Saudara Akmal yang tidak jemu membantu dan membimbing pasukan ini.

logokrs

^Logo KRS
Klik untuk mengetahui tentang KRS

1795527_10152400285450929_5519792471465392652_n

Pasukan KRS SMK Sg Besi – Berehat setelah beraksi cemerlang.^

v Sesi penyampaian hadiah.- KRS Puteri SMKSB dinobat sebagai Naib Johan Zon Bangsar.

10262220_10152400285065929_8872123829362527102_n

Kejayaan yang sama juga dicipta oleh Pasukan PBSM SMKSB apabila turut mendapat Naib Johan Pertandingan Kawad Kaki yang disertai. Kejayaan ini adalah kelangsungan daripada kejayaan yang dikecapi pada tahun lalu.

images

^ Logo PBSM

10152508_10152400285525929_2357053288422583618_n

^Pasukan PBSM SMKSB beraksi.

Dinobat sebagai Naib Johan Zon Bangsar. v

10250126_10152400285255929_5598642007050743096_n

Malah lebih manis lagi, Kumpulan Sketsa SMKSB sekali lagi mucul Johan Pertandingan Sketsa 1 Malaysia. Kumpulan ini adalah di bawah bimbingan guru-guru multi-talented SMKSB iaitu En Abdul Raof, Pn Maslina dan Pn Zuridawati.

Syabas dan tahniah !

Kini kita hanya menunggu keputusan aktiviti yang disertai oleh Besian dalam Karnival Kerjaya. Esok adalah hari penentuannya kerana karnival ini berlangsung selama dua hari di SMK Victoria. Jika ada pencapaian yang dibawa pulang, sememangnya itu adalah bonus buat warga SMKSB. Tetapi sekiranya tiada rezeki, pengalaman dan ilmu yand ditimba sudah cukup bermakna dan tiada galang-gantinya.

Bak bait kata-kata lagu sekolah…

Majulah SMKSB, Majulah Terus Maju!

 

Majlis Mengimbau Sekalung Budi Puan Hajah Kamariah Bt Abu

Majlis Mengimbau Sekalung Budi telah diadakan untuk memperingati jasa mantan pengetua SMKSB iaitu Puan Hj Kamariah Bt Abu. Majlis berlangsung di Hotel Seri Petaling, Kuala Lumpur pada 12 April 2014 mulai pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang.  Majlis   ini dianjurkan oleh Kelab  Guru SMKSB dengan kerjasama PIBG sekolah. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran warga pendidik.

Karnival PPDa Zon Bangsar

Sabtu 12 April 2014 – Karnival Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Zon Bangsar telah berlangsung dengan jayanya di SMK Bandar Tasik Selatan setelah SMK Sungai Besi menjadi tuan rumah selama tiga tahun berturut-turut.

Walaupun Karnival ini tidak lagi menganjurkan pertandingan Nasyid, tetapi masih lagi meriah dengan pertandingan Sajak, Poster, Dikir Barat dan e-PPDa.

Pada tahun ini, SMKSB terus cemerlang dalam beberapa acara yang dipertandingkan. SMKSB berjaya mengekalkan gelaran Johan Dikir Barat Zon Bangsar termasuklah mendapat anugerah Tukang Karut Terbaik. Di samping itu, SMKSB buat julung kalinya muncul Johan e-PPDa. Pertandingan Poster juga tidak mengecewakan apabila mendapat tempat ketiga Kategori Menengah Rendah.

Syabas, warga SMKSB!

 PPDA dikir barat

^ Pasukan Dikir Barat SMKSB

PPDA eppda

^ Muhamad Khuzaimin b Anuar – Wakil penerima hadiah Johan e-PPDa

PPDA tukang karut

^ Tukang Karut Terbaik dimenangi oleh Pasukan SMKSB

Pelancaran Bulan Sains dan Teknologi

Isnin, 7 April 2014 – telah berlangsung Majlis Pelancaran Bulan Sains dan Teknologi. Gimik Pelancaran Roket telah diadakan setelah Pengetua, Tn Hj Anuar bin Ab Aziz melancarkannya. Dengan tema ” Sains dan Matematik Transformasi Generasi Terbilang ” Panitia Sains, Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik bergabung dan telah merancang pelbagai aktiviti menarik.

PANITIA SAINS

  • Kuiz Spontan
  • Perhiasan dari Bahan Kitar Semula
  • Sudut i-THINK
  • Amazing Race
  • Payung Terjun


PANITIA FIZIK

  • Pertandingan Roket
  • Demonstrasi Membuat Ais Krim

PANITIA KIMIA

  • Kuiz Perintis Garam

PANITIA BIOLOGI

  • Saintis Muda
  • Pakar Bedah Muda

PANITIA MATEMATIK

  • Sudoku
  • Kuiz Spontan
  • Bijak Sifir
  • Kalkulator Kata

Karnival Bola Jaring MSSWPKL Zon Bangsar

Pada 1-4 April 2014 yang lalu, sekali lagi SMK Sungai Besi menjadi Sekolah Pengelola bagi Zon Bangsar, Karnival Bola Jaring MSSWPKL. Karnival  yang diadakan di SK Tiara Permai ini telah menyaksikan empat zon di Kuala Lumpur menjalankan pertandingan Bola Jaring secara serentak. Pertandingan bagi kategori Bawah 18 Tahun diadakan pada 1 April, kategori Bawah 15 Tahun pada 2 April, kategori Bawah 12 Tahun dan peringkat akhir diadakan pada 4 April.

Pasukan Bola Jaring SMK Sungai Besi terus cemerlang setelah berjaya menjadi Johan kategori Bawah 15 Tahun setelah menewaskan SMK Taman Tun Dr Ismail pada peringkat akhir. Pasukan Bawah 18 Tahun juga turut cemerlang kerana telah mendapat Naib Johan Zon Bangsar setelah tewas hanya satu mata dengan SM Sri Cempaka pada peringkat akhir. Tahniah diucapkan.

Kedua-dua pasukan ini akan mewakili sekolah dan Zon Bangsar pula ke peringkat Negeri pada 14-17 April 2014. Semoga lebih banyak kejayaan akan dicapai.

983624_10152371714810929_32714251_n  10003472_10152371714555929_318060975_n 10170957_10152371714630929_1735618886_n

Aksi-aksi pemain SMK Sungai Besi^

10171068_10152371714430929_16430820_n 1014315_10152371714385929_931168411_n

^ Antara guru SMK Sungai Besi yang terlibat sebagai AJK Pengelola

Pemain Bawah 15 Thn dan Bawah 18 Thn SMK Sungai Besi di Peringkat Akhir ^

10174945_10152371714755929_1953157688_n

Pemain Bawah 18 Thn bersama Pengurus Pasukan dan Jurulatih

Older posts «

» Newer posts