«

Gemalai Tari Sanggar Budaya SMKSB

Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dan kaya dengan budaya termasuklah dengan kepelbagaian tarian tradisional. Malangnya, kesenian tarian dan muzik tradisional semakin hari semakin hilang berikutan kurangnya pelapis. Atas kesedaran ini, Puan Norhafizah Mat Lazim selaku Guru Penasihat Kelab Seni Budaya SMK Sungai Besi mengambil inisiatif untuk menggerakkan Kumpulan Tarian Sanggar Budaya dengan lebih aktif.
IMG-20151116-WA0023 IMG-20151116-WA0022 IMG-20151116-WA0021
KUMPULAN TARIAN SANGGAR BUDAYA SMK SUNGAI BESI
Kumpulan tarian ini membuka langkah tariannya dengan membuat kemunculan dan persembahan dalam acara-acara rasmi sekolah seperti Majlis Anugerah Cemerlang, Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, Majlis Anugerah Cemerlang Kokurikulum dan banyak lagi.
Laluan kecemerlangan kumpulan yang penuh berbakat ini diteruskan dengan penyertaan dalam Pertandingan Tarian Tradisional dan Etnik Kreatif anjuran D’Pluze Cyberjsya & Pak Ngah Production pada bulan April yang lalu. Bertempat di D’ Pulze Shopping Center Cyberjaya, Kumpulan Sanggar Budaya mempersembahkan tarian Etnik Kreatif dan berjaya melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir.
IMG-20151116-WA0029IMG-20151116-WA0030IMG-20151116-WA0033IMG-20151116-WA0032
Terus mengorak langkah, Kumpulan Tarian Sanggar Budaya turut menyertai Semarak Tari Kuala Lumpur 2015 yang berlangsung di Istana Budaya pada 26 Mei 2015. Persembahan tarian yang disertai oleh ahli kumpulan ini turut menerima pengiktirafan :
  • Tarian Kuda Pasu (Anugerah Emas & Busana Terbaik)
    IMG-20150804-WA0008
  • Tarian Cina (Anugerah Gangsa)
    IMG-20150804-WA0006
  • Tarian Bangra (Anugerah Gangsa & Produktiviti Terbaik
    IMG-20150804-WA0009
.
Keasyikan dan gemalai tari serta kreativiti yang ditonjolkan oleh Kumpulan Tarian Sanggar Budaya SMK Sungai Besi terus diiktiraf. Kumpulan ini telah dijemput untuk membuat persembahanTarian Raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 pada Ogos yang lalu di Maktab Tentera Diraja Kuala Lumpur. Kumpulan ini telah mempersembahkan Tarian Warna Warni Aidilfitri dan Joget Toleh Menoleh. Selain itu, sekali lagi kumpulan ini dijemput untuk membuat persembahan yang sama di PICC Putrajaya.