«

»

Semarak Kejayaan Besian

Rabu, 16 Apr 2014 – Hari ini menyaksikan pelbagai pertandingan dijalankan. Ramai pelajar SMKSB atau mula dikenali sebagai ‘Besian’ telah terlibat dengan Pertandingan Kawad Kaki, Karnival Kerjaya dan Pertandingan Sketsa.

1002673_10152400285620929_352948654933558823_n

Pasukan PKBM SMK Sg Besi^

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, banyak memori indah yang tercipta. Pertandingan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah menyaksikan Pasukan KRS SMKSB berjaya muncul Naib Johan Zon Bangsar. Tahniah diucapkan kepada guru-guru KRS dan peserta kawad. Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada bekas pelajar SMKSB, Saudara Akmal yang tidak jemu membantu dan membimbing pasukan ini.

logokrs

^Logo KRS
Klik untuk mengetahui tentang KRS

1795527_10152400285450929_5519792471465392652_n

Pasukan KRS SMK Sg Besi – Berehat setelah beraksi cemerlang.^

v Sesi penyampaian hadiah.- KRS Puteri SMKSB dinobat sebagai Naib Johan Zon Bangsar.

10262220_10152400285065929_8872123829362527102_n

Kejayaan yang sama juga dicipta oleh Pasukan PBSM SMKSB apabila turut mendapat Naib Johan Pertandingan Kawad Kaki yang disertai. Kejayaan ini adalah kelangsungan daripada kejayaan yang dikecapi pada tahun lalu.

images

^ Logo PBSM

10152508_10152400285525929_2357053288422583618_n

^Pasukan PBSM SMKSB beraksi.

Dinobat sebagai Naib Johan Zon Bangsar. v

10250126_10152400285255929_5598642007050743096_n

Malah lebih manis lagi, Kumpulan Sketsa SMKSB sekali lagi mucul Johan Pertandingan Sketsa 1 Malaysia. Kumpulan ini adalah di bawah bimbingan guru-guru multi-talented SMKSB iaitu En Abdul Raof, Pn Maslina dan Pn Zuridawati.

Syabas dan tahniah !

Kini kita hanya menunggu keputusan aktiviti yang disertai oleh Besian dalam Karnival Kerjaya. Esok adalah hari penentuannya kerana karnival ini berlangsung selama dua hari di SMK Victoria. Jika ada pencapaian yang dibawa pulang, sememangnya itu adalah bonus buat warga SMKSB. Tetapi sekiranya tiada rezeki, pengalaman dan ilmu yand ditimba sudah cukup bermakna dan tiada galang-gantinya.

Bak bait kata-kata lagu sekolah…

Majulah SMKSB, Majulah Terus Maju!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>