«

»

Karnival PPDa Zon Bangsar

Sabtu 12 April 2014 – Karnival Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Zon Bangsar telah berlangsung dengan jayanya di SMK Bandar Tasik Selatan setelah SMK Sungai Besi menjadi tuan rumah selama tiga tahun berturut-turut.

Walaupun Karnival ini tidak lagi menganjurkan pertandingan Nasyid, tetapi masih lagi meriah dengan pertandingan Sajak, Poster, Dikir Barat dan e-PPDa.

Pada tahun ini, SMKSB terus cemerlang dalam beberapa acara yang dipertandingkan. SMKSB berjaya mengekalkan gelaran Johan Dikir Barat Zon Bangsar termasuklah mendapat anugerah Tukang Karut Terbaik. Di samping itu, SMKSB buat julung kalinya muncul Johan e-PPDa. Pertandingan Poster juga tidak mengecewakan apabila mendapat tempat ketiga Kategori Menengah Rendah.

Syabas, warga SMKSB!

 PPDA dikir barat

^ Pasukan Dikir Barat SMKSB

PPDA eppda

^ Muhamad Khuzaimin b Anuar – Wakil penerima hadiah Johan e-PPDa

PPDA tukang karut

^ Tukang Karut Terbaik dimenangi oleh Pasukan SMKSB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>