«

»

Karnival Bola Jaring MSSWPKL Zon Bangsar

Pada 1-4 April 2014 yang lalu, sekali lagi SMK Sungai Besi menjadi Sekolah Pengelola bagi Zon Bangsar, Karnival Bola Jaring MSSWPKL. Karnival  yang diadakan di SK Tiara Permai ini telah menyaksikan empat zon di Kuala Lumpur menjalankan pertandingan Bola Jaring secara serentak. Pertandingan bagi kategori Bawah 18 Tahun diadakan pada 1 April, kategori Bawah 15 Tahun pada 2 April, kategori Bawah 12 Tahun dan peringkat akhir diadakan pada 4 April.

Pasukan Bola Jaring SMK Sungai Besi terus cemerlang setelah berjaya menjadi Johan kategori Bawah 15 Tahun setelah menewaskan SMK Taman Tun Dr Ismail pada peringkat akhir. Pasukan Bawah 18 Tahun juga turut cemerlang kerana telah mendapat Naib Johan Zon Bangsar setelah tewas hanya satu mata dengan SM Sri Cempaka pada peringkat akhir. Tahniah diucapkan.

Kedua-dua pasukan ini akan mewakili sekolah dan Zon Bangsar pula ke peringkat Negeri pada 14-17 April 2014. Semoga lebih banyak kejayaan akan dicapai.

983624_10152371714810929_32714251_n  10003472_10152371714555929_318060975_n 10170957_10152371714630929_1735618886_n

Aksi-aksi pemain SMK Sungai Besi^

10171068_10152371714430929_16430820_n 1014315_10152371714385929_931168411_n

^ Antara guru SMK Sungai Besi yang terlibat sebagai AJK Pengelola

Pemain Bawah 15 Thn dan Bawah 18 Thn SMK Sungai Besi di Peringkat Akhir ^

10174945_10152371714755929_1953157688_n

Pemain Bawah 18 Thn bersama Pengurus Pasukan dan Jurulatih