Gemalai Tari Sanggar Budaya SMKSB

Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dan kaya dengan budaya termasuklah dengan kepelbagaian tarian tradisional. Malangnya, kesenian tarian dan muzik tradisional semakin hari semakin hilang berikutan kurangnya pelapis. Atas kesedaran ini, Puan Norhafizah Mat Lazim selaku Guru Penasihat Kelab Seni Budaya SMK Sungai Besi mengambil inisiatif untuk menggerakkan Kumpulan Tarian Sanggar Budaya dengan lebih aktif.
IMG-20151116-WA0023 IMG-20151116-WA0022 IMG-20151116-WA0021
KUMPULAN TARIAN SANGGAR BUDAYA SMK SUNGAI BESI
Kumpulan tarian ini membuka langkah tariannya dengan membuat kemunculan dan persembahan dalam acara-acara rasmi sekolah seperti Majlis Anugerah Cemerlang, Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, Majlis Anugerah Cemerlang Kokurikulum dan banyak lagi.
Laluan kecemerlangan kumpulan yang penuh berbakat ini diteruskan dengan penyertaan dalam Pertandingan Tarian Tradisional dan Etnik Kreatif anjuran D’Pluze Cyberjsya & Pak Ngah Production pada bulan April yang lalu. Bertempat di D’ Pulze Shopping Center Cyberjaya, Kumpulan Sanggar Budaya mempersembahkan tarian Etnik Kreatif dan berjaya melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir.
IMG-20151116-WA0029IMG-20151116-WA0030IMG-20151116-WA0033IMG-20151116-WA0032
Terus mengorak langkah, Kumpulan Tarian Sanggar Budaya turut menyertai Semarak Tari Kuala Lumpur 2015 yang berlangsung di Istana Budaya pada 26 Mei 2015. Persembahan tarian yang disertai oleh ahli kumpulan ini turut menerima pengiktirafan :
  • Tarian Kuda Pasu (Anugerah Emas & Busana Terbaik)
    IMG-20150804-WA0008
  • Tarian Cina (Anugerah Gangsa)
    IMG-20150804-WA0006
  • Tarian Bangra (Anugerah Gangsa & Produktiviti Terbaik
    IMG-20150804-WA0009
.
Keasyikan dan gemalai tari serta kreativiti yang ditonjolkan oleh Kumpulan Tarian Sanggar Budaya SMK Sungai Besi terus diiktiraf. Kumpulan ini telah dijemput untuk membuat persembahanTarian Raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 pada Ogos yang lalu di Maktab Tentera Diraja Kuala Lumpur. Kumpulan ini telah mempersembahkan Tarian Warna Warni Aidilfitri dan Joget Toleh Menoleh. Selain itu, sekali lagi kumpulan ini dijemput untuk membuat persembahan yang sama di PICC Putrajaya.

Malam Bersama Juara

IMG-20150825-WA0011

 

MALAM BERSAMA JUARA KOKURIKULUM SMK SUNGAI BESI 2015

 

Malam Bersama Juara Kokurikulum adalah majlis khas yang diadakan bagi memberi penghargaan kepada murid-murid yang aktif dan telah memenagi pertandingan dalam bidang kokurikulum luar sekolah. Majlis ini juga bertujuan meraikan juara yang telah mengharumkan nama sekolah yang terdiri daripada murid-murid, para guru dan ibu bapa

 

MATLAMAT :

  • Meraikan murid yang aktif dan mendapat pencapaian tinggi dalam bidang kokurikulum
  • Menanam sifat bekerjasama, bertolak ansur dan ikatan perpaduan dalam kalangan murid dan ibu bapa dengan sekolah
  • Melahirkan bakal pemimpin pada masa depan dalam kalangan murid

 

OBJEKTIF :

  • Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan dedikasi serta mampu menjadi pemimpin yang berkaliber
  • Menggalakkan pelajar berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat memupuk sikap disiplin yang tinggi
  • Memberi peluang kepada ibu bapa berbincang dengan pihak sekolah demi kebaikan anak mereka

Kejayaan Berulang! Garden Treasure Hunt

Pertandingan : Garden Treasure Hunt
Keputusan : Tempat Ketiga

Baca post terdahulu.

IMG-20150813-WA0008

IMG-20150813-WA0031

Kempen Derma Darah 2015

derma darah

LDP 4 : VLE-Frog | Sabtu 15Ogos15 APU |

IMG-20150810-WA0013

Peta Lokasi

IMG-20150810-WA0012

Jawatankuasa Pelaksana LDP4

 

IMG-20150810-WA0019

Lokasi LDP : Asia Pasific University ( APU )

 

Selamat Maju Jaya, Calon-calon PT3!

Untitled

 

Selamat menjalani Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris buat para pelajar Tingkatan 3 !

 

Tarikh Peperiksaan Awam 2014

Berikut adalah jadual Tarikh Peperiksaan Awam Tahun 2014 yang mengandungi senarai tarikh-tarikh peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM dan STAM bagi tahun 2014. Semoga ia berguna sebagai rujukan buat para pelajar terutamanya yang bakal menduduki peperiksaan, ibu bapa dan guru-guru.

Tarikh-tarikh ini adalah berdasarkanSurat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 9 Tahun 2013: Makluman Tarikh Peperiksaan Awam Tahun 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Takwim Peperiksaan Awam Tahun 2014

Peperiksaan

Kaedah

Tarikh

Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Bertulis 9 – 12 Jun 2014
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Lisan 7 – 17 Julai 2014
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bertulis 9 – 11 September 2014
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
(Nota: Tarikh sebenar ujian akan ditentukan oleh sekolah)
Pelbagai
Lisan
Bertulis
1 – 18 Julai 2014
6 – 29 Ogos 2014
12 – 17 Oktober 2014
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Bertulis 13, 15, 20 dan 21 Oktober 2014
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Bertulis 3 November – 2 Disember 2014
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Bertulis 13 dan 17, 18, 19 November 2014

Nota: Tarikh-tarikh peperiksaan di atas adalah tertakluk kepada pindaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kemengangan Lagi ! – Garden Treasure Hunt

Alhamdulillah, syukur! 2014 adalah tahun kemenjadian pelajar dalam bidang Kokurikulum.

Tarikh : 26 Mei 2014
Acara : KL Orchid & Bonsai Show 2014
Pertandingan : Garden Treasure Hunt
Penyertaan SMKSB : 3 Kumpulan
Keputusan : Tempat Pertama dan Tempat Kedua
Guru Pengiring : Cik Kalai dan Puan Suzana Ismail

Kami sahut cabaran LDP Perdana

Seawal 6.30pagi, guru-guru dan staf SMK Sungai Besi telah bersedia di kaki bukit, simpang ke SMK Sungai Besi. Hari ini, hari yang dinantikan telah tiba. Hari bermulanya cabaran buat guru dan staf dalam progam LDP Perdana yang diadakan di Port Dickson. Berikut merupakan beberapa aksi guru dalam perjalanan ke tempat kursus yang dapat dikongsikan.

Selamat berkursus diucapkan buat warga SMKSB! Enjoy!

Cincopa WordPress plugin

Sekitar sambutan Hari Guru 2014

Cincopa WordPress plugin

Pada tanggal 16 Mei 2014 bersamaan hari Jumaat bertempat di Dewan Gemilang SMKSB telah diadakan majlis sambutan Hari Guru. Tema Hari Guru pada tahun ini adalah Guru: Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi. Pelbagai acara menarik telah diadakan bagi memeriahkan majlis. Para guru hadir dengan tema pakaian ‘glamorous’ ala anugerah bintang popular.

IMG_4789IMG_4841IMG_4814IMG_4805IMG_4808IMG_4807IMG_4840IMG_4845IMG_4876IMG_4875IMG_4849IMG_4829

 

Older posts «